BUMI DAN ALAM SEMESTA.
Sistem Suria
Sistem Suria
Sistem Suria terbina daripada :
a) Matahari
Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.
Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
b) Planet -planet:
Planet -planet adalah :
- Utarid
Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal, Titan.
Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah.
Tidak banyak diketahui mengenai planet ini, kapal angkasa yang pertama daripada dua buah kapal yang mendekati planet Utarid adalah Mariner 10 dari tahun 1974 hingga 1975, yang hanya memetakan 45% daripada permukaan planet.Kapal angkasa yang kedua adalah kepal angkasa MESSENGER, yang memetakan lagi 30% permukaan planet semasa penerbangannya pada 14 Januari, 2008. MESSENGER akan membuat dua laluan lagi mengelilingi planet Utarid, diikuti dengan penyertaan orbit pada tahun 2011, dan akan meninjau dan memetakan seluruh planet berkenaan.
- Zuhrah
Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama. Walau bagaimanapun, kedua dua planet ini mempunyai sifat yang berbeza. Zuhrah tidak mempunyai lautan, dan diselubungi dengan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida pada peratusan yang tinggi. Atmosfera Zuhrah juga tidak mempunyai wap air dan awan awan di Zuhrah terdiri daripada titisan titisan asid sulfurik. Di permukaan Zuhrah, tekanan atmosferanya 92 kali ganda lebih tinggi daripada tekanan udara Bumi pada permukaan laut.
Zuhrah juga terkenal sebagai planet 'rumah hijau' kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid.
Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.
- Bumi
Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.
Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.
Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.
Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.
Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.
- Marikh
Marikh sentiasa mengagumkan penduduk Bumi kerana warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi).
Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Mars Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas adi serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi.
Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh yang dinamakan sebagai Martian. Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival Lowell. Beliau menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh.
Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh. Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat.Mengikut kajian, pada tahun 2003 planet ini telah berubah putarannya sehingga kini. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.
- Musytari
- Zuhal
Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas.
Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan. Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede), yang merupakan bulan yang lebih besar dari planet Utarid dan ia merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem Solar yang mempunyai kemudahan atmosfera.
- Uranus
Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
- Neptun
Neptun merupakan salah sebuah dari sembilan planet dalam sistem suriaTerdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
- Pluto

Pluto merupakan sebuah planet dari 9 planet pada sebelum ini. Pada mulanya ia dianggap sebagai sebuah planet tetapi kini, ia digelar planet kerdil dan dikeluarkan daripada kalangan planet sistem solar. Ia disahkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Tetapi, ciri fizikal Pluto tidak berubah.
Pluto, digelar secara rasmi 134340 Pluto, merupakan planet kerdil kedua terbesar yang diketahui dalam Sistem Suria (selepas planet kerdil Eris) dan badan kesepuluh terbesar yang dilihat dengan mata kasar mengelilingi matahari. Pada asalnya dikelaskan sebagai sebuah, Pluto kini dianggap ahli terbesar bagi populasi berlainan yang dikenali sebagai gelung Kuiper.
Sebagaimana ahli gelung Kuiper, Pluto terutamanya terdiri daripada batu dan air batu dan agak kecil: sekitar satu per lima daripada jisim Bulan Bumi dan satu pertiga isipadunya. Ia memiliki kelainan orbit dan orbit amat condong yang membawanya dari 30 hingga 49 AU (4.4–7.4 juta km) dari Matahari. Ini menyebabkan Pluto kadang kala menghampiri Matahari lebih dari Neptun.
Sejak dijumpai pada tahun 1930 sehingga 2006, Pluto dianggap sebagai planet ke sembilan dalam Sistem Suria. Pada akhir tahun 1970-an, selepas jumpaan planet kecil 2060 Chiron di luar Sistem Suria dan pengakuan jisim rendah Pluto, statusnya sebagai planet utama telah dipersoalkan. Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa dengan Pluto telah dijumpai di luar Sistem Suria, terutamanya objek cakera bertabur seperti planet kerdil Eris pada tahun 2005, yang 27% lebih besar berbanding Pluto.
Pada 24 Ogos 2006, ("International Astronomical Union") (IAU) mentakrifkan apa yang dianggap planet dalam Sistem Suria. Takrifan ini menyingkirkan Pluto sebagai sebuah planet dan memasukkannya sebagai ahli kategori baru "planet kerdil" bersama Eris dan Ceres. Selepas pengelasan, Pluto ditambah kepada daftar planet kecil dan diberikan nama rasmi 134340.Sejumlah pakar sains kekal menegaskan bahawa Pluto patut dikelaskan sebagai sebuah planet.