Sunday, 13 November 2011

Sistem Suria



Saiz dan Jarak antara Bumi, Bulan dan Matahari

Saiz Matahari, Bumi dan Bulan

1. Matahari lebih besar daripada Bumi dan Bulan.

2. Diameter Matahari lebih kurang 1 400 000 kilometer.

3. Diameter Bumi lebih kurang 12 756 kilometer.

4. Diameter Bulan lebih kurang 3480 kilometer.


 


Diameter Matahari 1 400 000 km


 


 
Diameter Bumi 12 756 km





Diameter Bulan 3480 km


5. Kita boleh membandingkan saiz Matahari, Bumi dan Bulan dengan menggunakan bola keranjang, guli dan biji sagu.
a) Bola keranjang mewakili Matahari
b) Guli mewakili Bumi
c) Biji sagu mewakili Bulan

Bola keranjang





Guli




 Biji sagu


6. Daripada perbandingan tersebut, boleh disimpulkan bahawa :
a) saiz Matahari ialah lebih kurang 400 kali ganda saiz Bulan.
b) saiz Matahari ialah lebih kurang 100 kali ganda saiz Bumi.
c) saiz Bumi ialah lebih kurang 4 kali ganda saiz Bulan.

7. Oleh itu, nisbah saiz antara Matahari, Bumi dan Bulan ialah :


            Matahari                    Bumi                 Bulan
                400             :             4          :             1





Jarak antara Bumi dengan Matahari dan Jarak antara Bumi dengan Bulan.
1. Matahari berada sangat jauh daripada Bumi.

2. Jarak antara Bumi dengan Matahari ialah lebih kurang 150 000 000 kilometer.

3. Jarak antara Bumi dengan Bulan adalah lebih dekat, iaitu lebih kurang 384 000 kilometer.

                                                                                 

             

4. Daripada perbandingan ini, boleh disimpulkan bahawa jarak antara Bumi dengan Matahari ialah 400 kali ganda jarak antara Bumi dengan Bulan.

5. Oleh itu, nisbah jarak antara Bumi dengan Matahari berbanding jarak antara Bumi dengan Bulan ialah :

      Jarak antara Bumi dengan matahari    Jarak antara Bumi dengan Bulan                               
                        400                                         :                    1

6. Matahari kelihatan kecil kerana Matahari berada sangat jauh dari Bumi.


7. Bulan kelihatan lebih besar berbanding Matahari kerana Bulan lebih hampir dengan Bumi.
 
Liquid Silver Star 2