Asteroid ialah objek batuan yang beredar mengelilingi Matahari. Asteroid mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza. Saiznya boleh mencapai sehingga 100km tetapi biasanya ia lebih kecil daripada planet-planet. Kebanyakan asteroid berada dalam lingkaran di antara planet Marikh dan Musytari. Kawasan ini di kenal sebagai lingkaran asteroid. Lebih 100 000 asteroid terdapat dalam lingkaran asteroid.
Lingkaran asteroid (juga dikenali sebagai lingkaran utama) merupakan sebuah lingkaran yang terdiri daripada pelbagai saiz asteroid, habuk dan jasad yang berbeza. Lingkaran ini terletak di antara orbit planet Marikh dengan Musytari. Empat jasad yang terbesar dalam lingkaran ini ialah:
Kesemua jasad tersebut mempunyai diameter lebih 400 km manakala Ceres yang merupakan sebuah planet kerdil mempunyai diameter sekitar 950km. Asteroid dalam lingkaran ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama berdasarkan spektrum dan komposisi iaitu:
Pembentukan
Lingkaran asteroid ini gagal membentuk sebuah planet. Ini sebab tarikan graviti Musytari yang kuat menyebabkan pembentukan tersebut menemui kegagalan. Lingkaran ini dahulunya mempunyai bilangan asteroid yang lebih banyak berbanding yang terdapat pada hari ini disebabkan oleh hal yang sama iaitu tarikan graviti.

d) Satelit semula jadi
e) Komet
Komet mempunyai orbit berbentuk elips. Perhatikan ia mempunyai dua ekor.
f) Meteoroid
Meteoroid ialah ketulan batu atau logam yang terapung dan beredar di angkasa lepas. Terdapat berjuta-juta meteoroid dalam Sistem Suria. Kebanyakan meteoroid adalah kecil. Kadang kala, meteoroid mungkin memasuki ruang atmosfera Bumi. Apabila ini berlaku, meteoroid akan menjadi panas dan terbakar. Ini dikenal sebagai meteor. Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi langit pada waktu malam. Meteor juga dikenal sebagai tahi bintang.

Meteorit Willamette

Meteor
Kebanyakan meteor terbakar sebelum terhempas di permukaan Bumi. Meteor yang terhempas ke permukaan Bumi disebut sebagai meteorit. Lubang atau kawah akan terbentuk di permukaan Bumi di tempat meteorit terhempas. Lebih besar meteorit itu maka lebih besar kawah yang terbentuk.
No comments:
Post a Comment